PASARAN

Minat Belian Berterusan Dorong FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

04/11/2025 02:20 PM

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Selasa, apabila belian berterusan di kaunter berwajaran tinggi terpilih, didahului saham kewangan, mendorong sentimen pasaran.

Pada 12.30 tengah hari, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.39 mata atau 0.21 peratus kepada 1,625.81 daripada 1,622.42 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.20 mata lebih rendah kepada 1,621.22 iaitu paras terendah sesi dagangan pagi, sebelum meningkat kepada paras tertinggi harian 1,630.91.

Keseluruhan pasaran masih hambar dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 761 berbanding 298, manakala 493 kaunter tidak berubah, 1,095 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 2.18 bilion unit bernilai RM1.24 bilion.

Hong Leong Investment Bank Bhd menjelaskan kalangan pelabur kini menumpukan kepada Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang akan memutuskan berkenaan dengan kesahan tarif yang dikenakan semasa pentadbiran Presiden Donald Trump mengikut Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) 1977.

“Pentadbiran Trump telah mengingatkan bahawa keputusan yang tidak memihak kepada pihaknya, dijangka diumumkan pada 5 November, boleh membawa ‘akibat yang besar’ terhadap keselamatan negara, dasar luar dan ekonomi secara keseluruhan,” menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pelabur mencari peluang dalam sektor bersifat defensif seperti saham utiliti dan pengguna dalam persekitaran pasaran yang berhati-hati.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM9.97, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.27 dan CIMB Group menambah 11 sen kepada RM7.53 manakala Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM13.32 dan IHH Healthcare merosot 14 sen kepada RM8.21.

Bagi kaunter paling aktif, MMAG menguncup dua sen kepada 16.5 sen, Borneo Oil dan TWL masing-masing tidak berubah pada setengah sen dan 2.5 sen manakala NexG turun 6.5 sen kepada 28.5 sen dan Tanco susut 10 sen kepada 84 sen.

Antara kaunter paling untung ialah Hong Leong Bank meningkat 42 sen kepada RM21.34, Ajinomoto melonjak 36 sen kepada RM13.88, Hong Leong Financial menokok 24 sen kepada RM17.28, Kuala Lumpur Kepong dan Fraser & Neave masing-masing naik 22 sen kepada RM21 dan RM28.14.

Bagi kaunter paling rugi PJBumi merosot 48 sen kepada RM2.04, Chin Teck Plantations susut 34 sen kepada RM10.64, Malaysian Pacific Industries turun 30 sen kepada RM30.70, manakala Nestle dan Allianz Malaysia masing-masing berkurangan 20 sen kepada RM113 dan RM18.10.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 naik 3.71 mata kepada 11,832.27, manakala Indeks FBM Emas turun 4.35 mata kepada 12,078.65.

Indeks FBM Emas Syariah menguncup 46.60 mata kepada 12,088.50, Indeks FBM ACE berkurangan 64.97 mata kepada 5,106.80, dan Indeks FBM Mid 70 turun 86.01 mata kepada 16,939.63.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 161.80 mata kepada 18,471.46, Indeks Perladangan susut 6.23 mata kepada 8,045.95, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.34 mata kepada 171.05, dan Indeks Tenaga kurang 11.30 mata kepada 762.09.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2486959