AM

PPS Terakhir Ditutup, Banjir Di Kedah Pulih Sepenuhnya

04/11/2025 04:21 PM

ALOR SETAR, 4 Nov (Bernama) -- Banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir di daerah Pendang ditutup pada pukul 2 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah yang dibuka sejak 25 Okt lalu, ditutup selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

PPS tersebut pada pagi tadi menempatkan seramai 46 mangsa daripada 12 keluarga.

Sebelum ini, banjir di daerah Pendang menjejaskan beberapa mukim antaranya Rambai, Padang Pusing Padang Peliang, Padang Kerbau, Guar Kepayang dan Tobiar sejak 25 Okt lalu.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2486997