PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

25/11/2025 10:19 AM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal.

Pada pukul 9.16 pagi, bulan semasa November 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,623.5, Disember 2025 menambah 3.5 mata kepada 1,623.5, Mac 2026 melonjak 5.0 mata kepada 1,607.0 and Jun 2026 tidak berubah pada 1,605.5.

Jumlah dagangan sebanyak 4,949 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 50,420 kontrak.

Sementara itu, FBM KLCI naik 0.17 mata kepada 1,618.95 selepas 31 minit dagangan berbanding 1,618.78 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2494878