SUKAN

Sukan SEA: Malaysia Akhiri Pusingan Awal Chinlone Linking Di Kedudukan Keempat

09/12/2025 03:56 PM

Daripada Muhammad Afiff Md Adnan

BANGKOK, 9 Dis (Bernama) -- Skuad chinlone lelaki negara menamatkan saingan pusingan awal acara linking Sukan SEA 2025 di kedudukan keempat pada aksi yang berlangsung di Stadium Perbandaran Nakhon Pathom, hari ini.

Pasukan negara mengutip 167 mata keseluruhan dengan Myanmar yang mengumpul 545 mata mendahului saingan diikuti Thailand (501), Laos (410), manakala Timor Leste menghuni tangga terakhir dengan 68 mata.

Skuad wanita negara turut menamatkan pusingan awal itu di kedudukan keempat selepas mengumpul 118 mata.

Myanmar sekali lagi mengungguli carta dengan 460 mata, diikuti Thailand (394) dan Laos di kedudukan ketiga (317).

Kesemua pasukan akan kembali berentap esok pada aksi final bagi penentuan pingat.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2500446