JENAYAH & MAHKAMAH

Tukang Kebun Rugi Lebih RM60,000 Akibat Sindiket Pinjaman Wang Tidak Wujud

11/12/2025 10:35 AM

KUALA TERENGGANU, 11 Dis (Bernama) -- Seorang tukang kebun kerugian RM61,812 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 30 tahun itu mengetahui tawaran pinjaman wang tersebut menerusi iklan pada laman sosial.

“Mangsa menghubungi nombor pada iklan itu dan dimaklumkan pinjaman diluluskan serta-merta, bagaimanapun perlu membayar sejumlah wang bagi tujuan kos pentadbiran dan yuran guaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azli berkata mangsa membuat 27 bayaran ke enam akaun dari 27 Nov hingga 9 Dis dengan menggunakan wang pinjaman daripada ahli keluarga.

Mangsa membuat laporan polis pada 5.04 petang semalam selepas gagal mendapatkan wang pinjaman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2501183