ISTANBUL, 5 April (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Sabtu, beberapa pemimpin tentera Iran telah dibunuh dalam apa yang disifatkannya sebagai serangan besar-besaran di Tehran, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam siaran video yang dikongsi di platform Truth Social beliau, Trump berkata: “Ramai pemimpin tentera Iran, yang telah memimpin mereka dengan teruk dan tidak bijak, dibunuh, bersama-sama dengan banyak lagi, dalam serangan besar-besaran di Tehran ini!"
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai masa, skop atau pelaku serangan itu.
-- BERNAMA-ANADOLU