PASARAN

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

19/06/2026 02:15 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, tertekan oleh jualan dalam saham-saham wajaran tinggi yang didahului sektor perkhidmatan kewangan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.76 mata atau 0.57 peratus kepada 1,701.63 daripada 1,711.39 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 7.35 mata lebih rendah pada 1,704.04 dan bergerak antara 1,699.18 hingga 1,707.41 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 512 berbanding 339, manakala 467 kaunter tidak berubah, 1,418 tidak diniagakan dan 34 digantung.

Jumlah dagangan mencatatkan 1.53 bilion unit bernilai RM1.17 bilion.

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata FBM KLCI dijangka kekal dalam julat dagangan tertentu berikutan ketidaktentuan dipacu perkembangan perjanjian Amerika Syarikat (AS)-Iran yang membuka tempoh rundingan 60 hari ke arah perjanjian damai, di samping pelabur menilai semula pendirian lebih tegas Rizab Persekutuan AS (Fed).

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM11.16, Public Bank susut sembilan sen kepada RM4.91, Tenaga Nasional meningkat enam sen kepada RM14.50, CIMB merosot 15 sen kepada RM7.63, manakala IHH Healthcare Bhd menambah satu sen kepada RM8.78.

Bagi saham aktif, Dagang NeXchange Bhd meningkat 4.5 sen kepada 43 sen, manakala Top Glove dan Vinvest masing-masing susut satu sen kepada 71 sen dan empat sen. 

Sementara itu, Tanco turun setengah sen kepada 14 sen, manakala Zetrix AI dan Hong Seng masing-masing tidak berubah pada 77 sen dan satu sen.

Dalam kalangan kaunter untung utama, Malaysian Pacific Industries meningkat 82 sen kepada RM49.38, United Plantations naik 74 sen kepada RM32.54, Fraser & Neave Holdings menambah 48 sen kepada RM28.36 dan PPB Group Bhd mengukuh 30 sen kepada RM9.60.

Bagi kaunter rugi utama, BLD Plantation susut 60 sen kepada RM14.40, Petronas Chemicals turun 16 sen kepada RM4.42, Sunway Construction merosot 13 sen kepada RM7.29 dan Nestle berkurangan 12 sen kepada RM95.02.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 60.93 mata kepada 12,602.32, Indeks FBM Top 100 merosot 63.25 mata kepada 12,440.36, Indeks FBM Emas Shariah turun 35.02 mata kepada 12,454.69, manakala Indeks FBM Mid 70 susut 56.90 mata kepada 18,033.90.

Sementara itu, Indeks FBM ACE meningkat 6.56 mata kepada 4,766.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 140.20 mata kepada 20,136.94, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.56 mata kepada 189.15 dan Indeks Tenaga merosot 1.63 mata kepada 760.79, manakala Indeks Perladangan meningkat 49.16 mata kepada 8,816.61.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2570403