BERITA PRU15   PH tidak letak syarat bentuk kerajaan negeri - Wan Rosdy | PRU15 Padang Serai: Calon BN teruskan kempen | DUN Tioman: Masyarakat Orang Asli harap masalah air diselesaikan | DUN Tioman: Calon BN bertemu calon PH, bincang strategi kempen | Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan ‘kerajaan zina’ | 
AM

Tumpukan kepada pembangunan ekonomi, lupakan perbezaan politik - Raja Perlis

25/11/2022 06:54 PM

ARAU, 25 Nov (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mahukan supaya kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik dan wakil rakyat yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Perlis, untuk melupakan perbezaan politik dan menumpukan kepada pembangunan negeri.

Baginda bertitah semua pihak, perlu memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi bagi menghadapi keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Kita perlu beri tumpuan kepada ekonomi agar dapat segera pulih seperti negeri-negeri lain ketika kejatuhan ekonomi dunia,” titah baginda pada Majlis Istiadat Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis di Istana Arau hari ini.

Berangkat sama pada majlis berkenaan, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Terdahulu seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdiri daripada empat ADUN PAS dan dua ADUN Bersatu, mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin.

Baginda turut menasihati semua exco kerajaan negeri dan wakil rakyat menjaga nama baik negeri Perlis.

“Rakyat akan sentiasa memerhati, jadi tunjuklah teladan yang baik buat rakyat, tidak kira masa dan elak daripada melakukan perkara yang dikeji oleh rakyat seperti rasuah,” katanya.

Baginda meminta agar kerajaan baharu meneruskan projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu, demi kebajikan rakyat Perlis.

“Kerajaan baharu bernasib baik kerana kerajaan terdahulu dalam usaha membangunkan beberapa projek mega iaitu Jeti Bersepadu Sanglang, Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Pelaburan Darat Perlis (PIP) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL),” titah baginda.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan