AM > BERITA

LEBIH 70 PELAJAR SEKOLAH ALAMI KERACUNAN SELEPAS MAKAN AYAM - JKNK

23/04/2024 12:19 PM

KOTA BHARU, 23 April (Bernama) -- Sebanyak 75 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan selepas disyaki dihidangkan menu ayam Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin yang mengesahkan kejadian itu berkata mereka yang terlibat berusia antara 13 hingga 17 tahun telah menerima rawatan dan tiada kes masuk wad dilaporkan.

"Kes pertama dikesan pada 20 April dan kes terakhir semalam, ia dipercayai berpunca daripada menu ayam yang dihidangkan kepada pelajar sebuah sekolah menengah," katanya ketika ditemui Bernama pada Majlis Ijtimak Madani Ulama dan Umara 2024 di Dewan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Dr Zaini berkata sejumlah 70 pelajar mengalami gejala ringan, manakala lima lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang.

Semalam, media melaporkan kira-kira 20 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Kota Bharu menerima rawatan selepas disyaki terkena keracunan makanan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan