AM > BERITA

SULTAN SELANGOR, TENGKU PERMAISURI ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

17/06/2024 01:00 PM

SHAH ALAM, 17 Jun (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh Malaysia. 

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin di samping menginsafi nasib golongan yang daif. 

Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam agar bersama-sama menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai orang Islam yang patuh kepada ajaran agama dengan merapatkan ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim. 

Dalam masa sama Sultan Selangor turut mendoakan jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan ibadah di Tanah Suci dikurniakan haji yang mabrur seterusnya kembali ke tanah air dengan selamat. 

"Semoga pengalaman mengerjakan ibadah haji dapat dimanfaatkan agar menjadi insan yang lebih tawadduk serta mampu memperkukuh dan meningkatkan tahap keimanan dalam diri," titah baginda menerusi hantaran itu. 

-- BERNAMA 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan