AM > BERITA

PRK SUNGAI BAKAP: CUACA DIRAMAL HUJAN PADA HARI PENAMAAN CALON ESOK

21/06/2024 02:46 PM

NIBONG TEBAL, 21 Jun (Bernama) -- Keadaan cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di sini esok, diramal hujan pada sebelah pagi dan petang.

Menurut laman sesawang Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, cuaca diramalkan baik dan tiada hujan pada sebelah malamnya.

MetMalaysia dalam hantaran di laman Facebook mengingatkan mereka yang terlibat dengan proses penamaan calon esok agar merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya.

Proses penamaan calon PRK Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini akan bermula pada 9 pagi esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing esok dan 2 Julai.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan