AM > BERITA

PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA ANJUR MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL KHAMIS INI

25/06/2024 05:47 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil kepada para penggiat seni yang telah meninggal dunia akan diadakan di Surau Ibadurrahman, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Lembah Pantai, di sini pada Khamis.

Jurucakap majlis berkenaan Akhmarulizam Ahmad berkata majlis dinamakan Majlis Semarak Zulhijah itu, dianjurkan Persatuan Karyawan Malaysia dengan kerjasama surau berkenaan dan akan bermula pukul 7 malam.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia berkata antara nama insan seni yang telah meninggal dunia dan akan didoakan dalam majlis tahlil itu ialah Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin, Datuk Hail Amir, Pyan Habib dan Jaafar Onn.

“Tahlil ini juga bagi penduduk PPR Kampung Limau,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan seramai 150 orang akan hadir ke majlis berkenaan, termasuk rakan artis, wartawan dan ahli kariah masjid.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan