AM > BERITA

DBKL TERIMA ANUGERAH SPECIAL ACHIEVEMENT IN GIS 2024

24/07/2024 07:02 PM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) buat julung kali mendapat pengiktirafan dunia selepas menerima anugerah Special Achievement in GIS (SAG) 2024 pada persidangan ESRI di San Diego, California, Amerika Syarikat pada 17 Julai lepas.

DBKL menerusi hantaran di Facebook hari ini, memaklumkan anugerah itu diterima daripada ESRI Inc atas kejayaan projek Kuala Lumpur Underground Utility Data Centre (KLUDC).

Projek itu menggunakan Sistem Maklumat Geografi iaitu sistem pengumpulan data utiliti bawah tanah serta  di bawah kelolaan Bahagian Geomatik, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.

KLUDC ialah sistem sesawang yang membolehkan pengumpulan data utiliti bawah tanah di rizab jalan dengan tujuan kegunaan akan datang seperti proses pemberian permit mengorek jalan, kiraan kos pengalihan utiliti dan pembangunan di kawasan berkenaan. 

Selain itu, sistem ini membantu memudahkan urusan mengenal pasti dan menghubungi agensi utiliti berkenaan dengan kadar segera jika terdapat bencana seperti paip pecah atau lubang benam.

“Semoga DBKL akan terus cemerlang dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk warga kota dengan pengurusan perancangan dan pembangunan dapat dibuat dengan lebih efektif," menurut hantaran itu.

Sebelum ini, projek KLUDC ini pernah memenangi Geoinnovation Award 2023 daripada ESRI pada 29 Feb lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan