AM > BERITA

APMM tahan kapal kargo di Labuan

07/08/2024 06:27 PM

LABUAN, 7 Ogos  (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menahan sebuah kapal kargo di 0.6 batu nautika barat daya Pulau Papan di sini hari ini.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Izwanhadi Idros berkata penahanan dilakukan oleh bot peronda APMM yang melaksanakan rondaan Op Sejahtera 1/2022 dan Op Tiris selepas memeriksa kapal kargo berkenaan. 

"Semasa pemeriksaan, kapal kargo tersebut didapati dikendalikan oleh seorang ketua pegawai berusia 24 tahun dan ketua jurutera berusia 59 tahun, kedua-duanya warga Malaysia.

“Kapal berkenaan disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana beroperasi tanpa kepten dan rakit keselamatan serta alat pemadam api telah tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata ketua pegawai dan ketua jurutera ditahan manakala dokumen kapal dirampas dan dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut. 

Izwanhadi berkata orang ramai diminta agar melaporkan sebarang aktiviti jenayah maritim dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di 087-427999 atau talian kecemasan NG999, yang beroperasi 24 jam.

--BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan