AM > BERITA

SIBEC 2024 Ditunda Ke Oktober Ini

07/08/2024 07:20 PM

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Bernama) -- Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Sept ini, ditunda ke 19 hingga 20 Okt.

Sekretariat Sabah Maju Jaya dalam kenyataan hari ini memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan persidangan itu pada 19 Okt.

Menurut kenyataan itu, antara pengisian SIBEC 2024 ialah wawasan pelabur, sidang pleno dan forum interaktif selain sesi khas bersama Duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kejayaan berasaskan ekonomi biru di negara masing-masing.

Seramai 29 speaker dan panel forum dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada pemain industri, pengamal ekonomi biru dan ahli akademik terlibat SIBEC 2024, selain ia dijangka dihadiri 2,000 peserta dalam dan luar negara.

Selain itu, SIBEC 2024 juga akan menempatkan pavilion yang mempamerkan inisiatif, teknologi terkini dan inovasi setiap sektor atau komponen Ekonomi Biru dari dalam dan luar negara.

Maklumat lanjut mengenai SIBEC 2024 boleh diperolehi melalui portal https://blueeconomy.sabah.gov.my/ /SIBEC 2024.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan