AM > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Beberapa Negeri

10/08/2024 02:26 PM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Hulu Selangor, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda negeri-negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling) serta Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu juga dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan (Jeli), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Raub dan Bentong).

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) serta Mukah.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan