AM > BERITA

Belanjawan 2025 : Tempoh Masa Perbahasan Dilanjut Hingga 10.30 Malam - Johari

11/08/2024 05:21 PM

KOTA BHARU, 11 Ogos (Bernama) -- Tempoh masa perbahasan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt berkemungkinan dilanjutkan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata tempoh masa sidang Parlimen kebiasaannya bersidang pada 10 pagi hingga 8 malam sebelum ini, namun pada masa pembentangan Belanjawan 2025 ia akan dilanjutkan sehingga 10.30 malam.

“Saya akan memberikan ruang seluas-luasnya untuk perbahasan Belanjawan 2025. Jika sekarang kita tamat pada 8 malam untuk waktu Belanjawan, kita akan panjangkan mungkin hingga 10.30 malam.

“Setiap Ahli Parlimen boleh berucap pada perbahasan ini dan diharapkan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan pada Belanjawan 2025,” katanya dalam sidang media sempena Program Lawatan Kerja ke Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Johari juga berharap peruntukan melibatkan pembangunan agar jauh lebih besar dapat dibentangkan pada Belanjawan 2025.

Turut hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri  Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan