AM > BERITA

1,500 Pengunjung Meriahkan Program Jiwa Komuniti MADANI Parlimen Hang Tuah Jaya

01/09/2024 01:49 PM

MELAKA, 1 Sept (Bernama) -- Kira-kira 1,500 pengunjung memeriahkan Program JIWA Komuniti MADANI Parlimen Hang Tuah Jaya yang berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, malam tadi.

Program bertujuan memupuk dan menyemarak semangat kemerdekaan itu diisi pelbagai aktiviti antaranya larian ria Jiwa Merdeka Hang Tuah Jaya, taklimat berhubungan antikeganasan oleh Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, pameran, jualan makanan dan cabutan bertuah.

Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim dan Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Ab Rasil Hajatil.

Adam Adli berkata program berkenaan juga bertujuan menguar-uarkan inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan bagi mengaktifkan gaya hidup sihat.

"Salah satunya ialah Rakan Muda melibatkan 10 gaya hidup antaranya Rakan Aktif menerusi aktiviti larian ria yang kita anjurkan ini," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Adam Adli mengingatkan belia di negara ini untuk terus menghargai dan mempertahankan kemerdekaan negara yang dikecapi sejak 67 tahun lepas supaya dapat mewariskan sebuah negara yang aman dan makmur kepada generasi akan datang.

Justeru, beliau berkata golongan belia perlu mengelak terjebak dalam gerakan atau aktiviti ekstremis yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan rakyat dan negara.

“Sehubungan itu, Program JIWA Komuniti MADANI Parlimen Hang Tuah Jaya membawa Bahagian E8 Cawangan Khas Bukit Aman untuk memberi penerangan dan pendedahan berkaitan gerakan ekstremis bagi mengekang perkembangannya di negara ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan