AM > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Petang Ini

12/10/2024 03:13 PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Ribut petir dan hujan lebat diramal terus berlaku di lapan negeri hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1.55 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di seluruh Johor serta beberapa kawasan di Kedah (Langkawi) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung).

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Jerantut, Bentong dan Rompin).

Selain itu, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat dan di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah.

Di Sabah, keadaan sama dijangka berlaku di kawasan pedalaman iaitu di Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan