AM > BERITA

Shamsul Azri Dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Berkuat Kuasa 1 Jan

31/12/2024 05:06 PM

PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Kerajaan bersetuju dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) yang baharu berkuat kuasa esok.

ST dalam kenyataan hari ini memaklumkan Shamsul Azri, 55, mempunyai pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam selain pernah berkhidmat di pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Pentadbiran Kerajaan Negeri. 

“ST mengalu-alukan kepimpinan Shamsul Azri untuk membawa agenda ST ke tahap yang lebih tinggi. 

"ST juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohamad Razif Abd Mubin atas sumbangan serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Sementara ST," menurut suruhanjaya itu.

Ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, ST bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan