DUNIA > BERITA

ANGKA KORBAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA MENINGKAT KEPADA 39,145 ORANG

24/07/2024 07:09 PM

ANKARA, 24 Julai (Bernama-Anadolu) -- Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 39,145 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Rabu.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan kira-kira 90,257 orang lagi cedera dalam serangan itu, lapor Agensi Anadolu.

"Tentera Israel membunuh 55 orang dan mencederakan 110 yang lain dalam tiga 'pembunuhan beramai-ramai' terhadap keluarga-keluarga di Gaza dalam tempoh 24 jam lepas.

"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat," kata kementerian.

Mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera, Israel telah menghadapi kecaman antarabangsa berikutan serangan kejam yang berterusan di Gaza.

Lebih sembilan bulan konflik Israel-Hamas mengakibatkan kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan