DUNIA > BERITA

EU LANCAR SIASATAN KE ATAS APP STORE

24/06/2024 06:09 PM

BRUSSELS, 24 Jun (Bernama-dpa) -- Suruhanjaya Eropah pada Isnin melancarkan siasatan terhadap dakwaan amalan antipersaingan dilakukan oleh Apple menerusi aplikasi "App Store", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan ia akan meneliti amalan gergasi teknologi itu mengenakan bayaran kepada gedung aplikasi alternatif dan pembangun aplikasi setiap kali pengguna iPhone memasang perisian mereka.

Ia juga sedang meneliti langkah-langkah yang perlu dilalui oleh pengguna peranti Apple untuk menggunakan gedung aplikasi alternatif, serta kriteria kelayakan Apple untuk pembangun menyediakan aplikasi iPhone melalui laman sesawang, dan bukannya melalui App Store.

Siasatan ini berkaitan dengan Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah, yang mengawal tingkah laku "gatekeeper" digital, iaitu syarikat yang memegang kedudukan yang kuat dan kukuh dalam ekonomi digital EU, bertindak sebagai perantara antara ramai pengguna dan perniagaan.

Suruhanjaya itu juga mengumumkan bahawa ia telah menghantar "pandangan awal" kepada Apple bahawa syarikat itu melanggar DMA dengan menghalang pembangun daripada mengarahkan pengguna dengan bebas di luar ekosistem App Store.

Ia merupakan sebahagian daripada siasatan yang dibuka pada Mac. Pandangan itu bukan muktamad.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan