DUNIA > BERITA

CHINA ANGGAP KEPUTUSAN ICJ TENTANG ISU PALESTIN-ISRAEL SIGNIFIKAN

23/07/2024 03:42 PM

BEIJING, 23 Julai (Bernama-CMG) -- Menyentuh tentang Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengeluarkan satu pendapat nasihat pada 19 Julai lepas mengenai kes wilayah Palestin yang diduduki, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Isnin menyatakan bahawa pendapat nasihat itu sangat signifikan kerana mencerminkan keprihatinan dan kepekaan masyarakat antarabangsa, mengenal pasti dengan jelas aktiviti pendudukan Israel terhadap wilayah Palestin secara berterusan melanggar undang-undang antarabangsa dan memutuskan bahawa Israel berkewajipan mengakhiri pendudukan haram terhadap wilayah Palestin dengan serta-merta.

“Kes ini sudah dalam perhatian masyarakat antarabangsa. China selaku negara kuasa besar bersedia memikul tanggungjawab yang wajar. Pendirian China dapat diterjemahkan dalam pendapat nasihat yang dikeluarkan ICJ itu, yang tidak terlepas daripada penglibatan negara kami dalam proses pembahasan dan pengadilan ICJ yang membabitkan cadangan bertulis dan pembentangan di mahkamah,” kata Mao.

Mao menekankan bahawa pendirian China dalam isu Pelastin adalah konsisten dan jelas. China sentiasa berdiri di sisi kedamaian dan keadilan serta bertindak sejajar dengan tuntutan kemanusiaan dan hasrat bersama kebanyakan negara. Masyarakat antarabangsa diharap berpandukan pendapat nasihat ICJ terus menjalankan usaha untuk menggalakkan penyelesaian isu Palestin dengan seawal mungkin dan mewujudkan kedamaian dan kestabilan yang berkekalan di rantau Asia Barat.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan