DUNIA > BERITA

BIDEN PULIH DARIPADA GEJALA COVID-19, UJIAN NEGATIF

24/07/2024 08:54 AM

WASHINGTON, 24 Julai (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pulih daripada gejala COVID-19 dan ujian menunjukkan keputusan negatif, kata doktornya pada Selasa, menurut laporan Agensi Anadolu.

"Sepanjang jangkitan beliau, beliau tidak pernah mengalami demam dan tanda-tanda vitalnya kekal normal, termasuk oksimetri nadi.

"Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif. Beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang. Presiden akan terus menjalankan semua tugasnya," kata Kevin O'Connor dalam kenyataan yang diedarkan oleh Rumah Putih.

Rumah Putih mengumumkan pada Rabu lepas bahawa Biden disahkan positif ketika berkempen di Las Vegas, Nevada.

Biden dijadual kembali ke Rumah Putih lewat Selasa.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan