DUNIA > BERITA

BIDEN AKAN SAMPAIKAN UCAPAN KEPADA NEGARA PADA RABU SELEPAS TARIK DIRI PILIHAN RAYA PRESIDEN

24/07/2024 08:08 AM

WASHINGTON, 23 Julai (Bernama-Anadolu) -- Presiden Joe Biden berkata pada Selasa bahawa beliau akan berucap kepada negara pada Rabu selepas menarik diri daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

"Malam esok pada pukul 8 malam ET, saya akan berucap kepada negara dari Pejabat Oval mengenai apa yang akan datang dan bagaimana saya akan menyelesaikan tugas untuk rakyat Amerika," lapor Agensi Anadolu yang memetik tulisan Biden di platform X.

Biden mengumumkan keputusannya pada Ahad untuk tidak bertanding semula pada 5 Nov dan menawarkan "sokongan penuh dan endorsemen" kepada Naib Presiden Kamala Harris untuk menjadi calon Parti Demokrat.

Lebih 2,200 perwakilan dari lebih 30 negeri telah menyokong Harris, menurut laporan.

Keputusan Biden untuk menyokong Harris tidak mengikat, kerana delegasi bebas untuk mengundi calon pilihan mereka.

Konvensyen Kebangsaan Demokrat akan diadakan di Chicago dari 19 hingga 22 Ogos.

-- BERNAMA-AGENSI ANADOLU=


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan