EKONOMI > BERITA

PEGAWAI KANAN ASEAN BERKUMPUL UNTUK BINCANG ISU UTAMA

24/07/2024 03:58 PM

VIENTIANE, 24 Julai (Bernama-Xinhua) -- Wakil dari negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah berkumpul di ibu kota Laos, Vientiane untuk menyemak dan membincangkan isu-isu utama di rantau ini.

Para wakil berkumpul untuk Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM).

Pegawai kanan ASEAN menghadiri mesyuarat pada Selasa untuk menilai kemajuan dalam pelaksanaan Pelan Induk Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) 2025, membincangkan keutamaan untuk kepengerusian ASEAN oleh Laos pada 2024, permohonan keahlian dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) dan kerjasama luar.

Dalam pertemuan itu, mereka juga membincangkan persiapan untuk beberapa acara utama termasuk Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-57, Persidangan Pasca Menteri ASEAN dengan Rakan Dialog dan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Xampur Tiga ke-25.

Para peserta juga membincangkan persiapan untuk Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ke-14 dan Forum Serantau ASEAN ke-31.

--BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan