DUNIA > BERITA

RAKYAT MALAYSIA DI KENYA DINASIHAT TERUS WASPADA SUSULAN PROTES BERTERUSAN

25/07/2024 06:21 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Rakyat Malaysia di kawasan terjejas akibat protes jalanan yang berterusan di Kenya -- kini memasuki minggu keenam, dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti arahan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, pihaknya sedang memantau dengan teliti situasi di Kenya dan berhubung dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di negara itu.

Kementerian Luar menggesa mereka untuk terus berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi bagi menerima maklumat terkini dan sokongan jika perlu. 

“Suruhanjaya Tinggi sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan memastikan keselamatan mereka,” kata kenyataan itu.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi melalui alamat di 611, Runda Grove, Runda, P.O. Box 42286, Nairobi atau melalui telefon di +254 (01) 11052710 atau +254 741 603952 dan melalui e-mel di mwnairobi@kln.gov.my.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 50 penunjuk perasaan telah terbunuh dan 413 lagi cedera sejak protes bermula pada 18 Jun, lapor media antarabangsa menurut Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia Kenya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan