DUNIA > BERITA

Taufan Gaemi bawa hujan lebat ke China Utara, lebih 27,000 dipindahkan

27/07/2024 01:40 PM

SHENYANG, 27 Julai (Bernama-Xinhua) -- Setakat 7 pagi Sabtu, lebih 27,000 penduduk di Wilayah Liaoning di timur laut China telah dipindahkan dengan selamat selepas dibadai Taufan Gaemi, lapor Xinhua.

Jabatan kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah itu berkata bahawa hujan lebat daripada Gaemi, taufan ketiga tahun ini, telah menyebabkan paras air meningkat di 40 empangan di seluruh wilayah itu. Empangan itu kini sedang mengalirkan air secara teratur.

Pihak berkuasa meteorologi wilayah berkata kebanyakan kawasan di Liaoning dijangka mengalami hujan lebat dari awal pagi Ahad hingga Selasa.

Wilayah itu telah mengaturkan pemeriksaan dan rondaan di sepanjang tanggul sebagai persediaan menghadapi potensi banjir dan untuk mengurangkan risiko bencana.

Setakat 7 pagi pada Sabtu, ratusan syarikat kimia dan perlombongan di seluruh wilayah serta kakitangan dan penduduk berdekatan, telah menghentikan operasi dan berpindah untuk mengelakkan risiko banjir.

Kementerian Pengurusan Kecemasan pada Jumaat meningkatkan tindak balas kecemasan terhadap banjir dari Tahap IV ke Tahap III di Liaoning selepas Gaemi.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan