DUNIA > BERITA

Maduro Menang Pilihan Raya Presiden Venezuela – Suruhanjaya Pilihan Raya

29/07/2024 01:50 PM

CARACAS, 29 Julai (Sputnik) -- Presiden Venezuela, Nicolas Maduro memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 51.2 peratus undi selepas 80 peratus undian selesai diproses, menurut pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Venezuela, Elvis Amoroso pada Isnin, lapor Sputnik.

"Dengan 80 peratus keputusan diterima, keputusan awal menunjukkan trend yang kukuh dan tidak boleh diubah.

“Dengan kadar penyertaan sebanyak 59 peratus, hasilnya adalah seperti berikut: Nicolas Maduro dari Great Patriotic Pole menerima 5,150,092 undi (51.20 peratus), manakala calon Edmundo Gonzalez dari Unity Council menerima 4,445,978 undi (44.2 peratus)," kata Amoroso kepada wartawan dan pemerhati.

Maduro dilantik sebagai Presiden Venezuela buat penggal ketiga berturut-turut sejak 2013.

Upacara angkat sumpah akan berlangsung pada 10 Jan 2025, dengan tempoh jawatan selama enam tahun.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan