DUNIA > BERITA

2 Kanak-kanak Maut, Sembilan Cedera Diserang Di UK

30/07/2024 09:33 AM

LONDON, 30 Julai (Bernama-Xinhua) -- Dua kanak-kanak terkorban manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau di Southport, Merseyside, barat laut England pada Isnin.

Ketua Konstabel Serena Kennedy berkata, enam mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 11.50 pagi (1050 GMT) di sebuah hartanah di Hart Street, kata Polis Merseyside dalam satu kenyataan pada Isnin.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit sedang mengikuti kelas di "Taylor Swift Yoga and Dance Workshop" sebelum ditikam.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Banks di Lancashire ditangkap kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh.

Motif di sebalik kejadian masih dalam siasatan dan tidak dianggap berkaitan keganasan pada masa ini, menurut polis.

-- BERNAMA-XINHUA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan