DUNIA > BERITA

749 Ditahan Di Venezuela Kerana Merusuh

31/07/2024 08:00 AM

CARACAS, 31 Julai (Bernama-Xinhua) -- Pihak berkuasa Venezuela telah menahan 749 individu dipercayai terlibat dalam rusuhan ganas susulan pilihan raya presiden pada Ahad, kata Peguam Negara Tarek William Saab pada Selasa.

Dalam satu kenyataan, peguam negara memaklumkan mereka yang ditahan menghadapi tuduhan "menghasut, menghalang jalan awam, jenayah kebencian ... menentang penahanan dan dalam kes yang paling serius, keganasan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut Saab, seramai 48 pegawai tentera dan polis telah cedera, termasuk terkena tembakan manakala seorang pegawai tentera di utara negeri Aragua terbunuh akibat keganasan itu.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kumpulan berhaluan kanan telah menggunakan kanak-kanak dan individu di bawah pengaruh dadah dalam rusuhan di beberapa bandar di Venezuela.

Saab berkata rusuhan itu bukanlah protes sebaliknya perbuatan "penjenayah bersenjata" yang ingin "mencetuskan kekacauan. Mereka mahu ... ini meningkat ke peringkat nasional ... supaya terdapat campur tangan asing."

Venezuela mengadakan pilihan raya presiden pada Ahad dan Majlis Pilihan Raya pada Isnin mengumumkan Presiden Nicolas Maduro sebagai pemenang pilihan raya.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan