DUNIA > BERITA

Ahli Gusti Cuba Lakar Sejarah Olimpik, Raih Emas Kelima Berturut-turut

07/08/2024 08:53 AM

PARIS, 7 Ogos (Bernama-dpa) -- Ahli gusti Greco-Roman dari Cuba Mijain Lopez telah mengukir namanya dalam sejarah Olimpik dengan menjadi atlet pertama memenangi acara individu yang sama pada lima temasya sukan itu berturut-turut, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Lopez, 41, meraih pingat emas dalam kategori 130 kilogram (kg) dengan menewaskan Yasmani Acosta Fernandez dari Chile dengan kutipan mata 6-0.

Juara dunia lima kali itu menyertai Sukan Olimpik keenamnya, setelah membuat kemunculan pertama temasya itu dengan menduduki tempat kelima di Athens pada 2004.

Lopez memenangi emas pertamanya dalam kelas 120 kg di Olimpik Beijing 2008, mengulangi kejayaannya di London 2012 dan meneruskan dominasinya apabila kelas berat dinaikkan kepada 130 kg, memenangi emas di Rio 2016, Tokyo 2020 dan kini di Paris 2024.

Dengan pencapaian itu, Lopez mengatasi beberapa atlet yang memenangi empat pingat emas dalam satu acara, termasuk atlet lempar cakera Amerika Syarikat Al Oerter, atlet lompat jauh Carl Lewis dan perenang Michael Phelps (200m kuak kupu-kupu) serta Katie Ledecky yang menyertai kumpulan elit dengan emas keempat dalam acara 800m gaya bebas pada Sabtu.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan