DUNIA > BERITA

Gempa Bumi 6.8 Pada Skala Richter Landa Laut Okhotsk, Jepun

10/08/2024 02:03 PM

TOKYO, 10 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter direkodkan di selatan Laut Okhotsk, berhampiran pantai Hokkaido, Jepun pada Sabtu, lapor Xinhua memetik agensi cuaca negara itu.

Gempa berlaku pada 12.29 tengah hari waktu tempatan dan mencatatkan kekuatan tiga daripada tujuh pada skala intensiti seismik Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Pusat gempa terletak pada kedalaman 490 kilometer, dengan 47.4 darjah utara dan 145.6 darjah timur, menurut JMA.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan