DUNIA > BERITA

Taufan Maria Dijangka Landa Utara Jepun Pada Isnin

10/08/2024 02:04 PM

TOKYO, 10 Ogos (Bernama-Kyodo) -- Taufan Maria dijangka melanda utara Jepun pada Isnin dengan membawa hujan lebat, menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Sabtu.

Taufan Maria dikesan berada di timur kepulauan Jepun di Pasifik pada Sabtu, kini bergerak ke arah utara dengan kelajuan angin melebihi 90 kilometer sejam.

Agensi itu memberi amaran mengenai potensi kejadian tanah runtuh, limpahan sungai, banjir di kawasan rendah dan angin kencang, lapor Agensi Berita Kyodo.

Taufan itu diramalkan membawa hujan sehingga 300 milimeter (mm) ke timur laut Jepun dan tambahan 200 mm dalam tempoh 24 jam berikutnya.

-- BERNAMA-KYODO  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan