DUNIA > BERITA

China Perketat Kawalan Sempadan, Cegah Kemasukan Virus Mpox

17/08/2024 09:02 PM

ANKARA, 17 Ogos (Bernama-Anadolu) -- China memperketatkan kawalan sempadannya untuk mencegah virus mpox daripada memasuki negara itu, lapor media kerajaan pada Sabtu.

Pentadbiran Am Kastam negara mengumumkan langkah pengawasan yang lebih ketat untuk individu dan barangan yang tiba dari kawasan terjejas oleh mpox, menurut laporan CGTN yang dipetik Agensi Anadolu.

Semua pelawat yang mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, sakit otot, atau ruam diwajibkan melaporkan keadaan mereka semasa memasuki negara itu.

Langkah-langkah ini akan berkuat kuasa selama enam bulan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mpox menyebabkan ruam dan simptom seperti selesema.

WHO pada Rabu mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa.

Menurut pakar kesihatan, seseorang yang dijangkiti mpox akan mengalami simptom dalam tempoh dua hingga 19 hari selepas terdedah kepada virus itu.

Dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, mpox boleh merebak melalui sentuhan rapat serta melalui bahan tercemar seperti cadar, pakaian, dan jarum, menurut WHO.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan