DUNIA > BERITA

Tiada Kes Mpox 'Clade 1' Dikesan Di Arab Saudi - Weqaya

18/08/2024 11:19 AM

RIYADH, 18 Ogos (Bernama-SPA) – Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Arab Saudi (Weqaya) mengumumkan bahawa tiada kes cacar monyet (mpox) 'clade 1', strain bertanggungjawab terhadap kecemasan kesihatan awam baru-baru ini yang dikesan di negara itu.

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan peningkatan kes mpox di seluruh dunia sebagai kecemasan kesihatan awam global, Arab Saudi kekal tidak terjejas, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Weqaya menekankan kekuatan dan keberkesanan sektor kesihatan negara itu yang bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai risiko kesihatan.

Kerajaan telah melaksanakan langkah pencegahan yang komprehensif untuk meningkatkan pemantauan, mencegah penularan virus dan melindungi kesihatan rakyatnya.

Menurut pihak berkuasa itu, strategi pencegahannya termasuk kempen kesedaran, penyiasatan epidemiologi, dan tindak balas yang diselaraskan terhadap penyakit berjangkit dengan kesan epidemiologi. 

Langkah-langkah itu direka untuk memastikan tindak balas yang pantas dan berkesan terhadap sebarang kemungkinan wabak.

Weqaya juga menggesa orang ramai untuk bergantung kepada sumber maklumat rasmi dan mengelak daripada menyebarkan atau mempercayai khabar angin daripada sumber yang tidak boleh dipercayai.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak daripada pergi ke negara di mana wabak mpox telah dilaporkan.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan