DUNIA > BERITA

PM Vietnam Salur Bantuan Kecemasan Kepada Wilayah Terjejas Taufan Yagi

10/09/2024 06:35 PM

HANOI, 10 Sept (Bernama-VNA) -- Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada Isnin memperuntukkan 100 bilion dong (kira-kira US$ 4 juta) daripada rizab bajet pusat 2024 bagi menyokong lima wilayah yang terjejas akibat Taufan Yagi, lapor Agensi Berita Vietnam.

Wilayah yang menerima bantuan termasuk Nam Dinh (20 bilion dong), Thai Binh (30 bilion dong), Hai Duong (20 bilion dong), Yen Bai (20 bilion dong) dan Hung Yen (10 bilion dong).

Pada hari yang sama, Jawatankuasa Pusat Persatuan Palang Merah Vietnam turut menyediakan bantuan kecemasan kepada 900 keluarga yang terjejas teruk oleh Taufan Yagi di wilayah Quang Ninh dan bandar Hai Phong. Bantuan itu bernilai lebih 720 juta dong, termasuk wang tunai dan bekalan.

Hanoi turut menyumbang 51 bilion dong daripada dana bantuan untuk membantu 11 wilayah dan bandar pulih daripada ribut itu. Dana terbabit akan digunakan untuk membaiki rumah yang rosak dan menyediakan bekalan pertanian.

Kawasan utama yang menerima bantuan termasuk Hai Phong, Quang Ninh dan wilayah utara lain.

-- BERNAMA-VNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan