JIUQUAN, 30 Mei (Bernama-Xinhua) -- Tiga angkasawan misi Shenzhou-21 China kembali ke Bumi dengan selamat pada petang Jumaat dengan kapal angkasa kru Shenzhou-22, menamatkan tempoh 210 hari di orbit yang juga rekod baharu misi satu anak kapal terpanjang di stesen angkasa China, lapor Xinhua.
Ketiga-tiga mereka yang terdiri daripada Zhang Lu, Wu Fei dan Zhang Hongzhang semuanya berada dalam keadaan sihat, menurut Agensi Angkasa Lepas Berawak China (CMSA), sambil menyatakan misi penerbangan angkasa Shenzhou-21 satu kejayaan.
Pada 7.20 malam (waktu Beijing), Pusat Kawalan Aeroangkasa Beijing mengeluarkan arahan pemulangan melalui stesen bumi, dan sebagai tindak balas kapsul orbit kapal angkasa Shenzhou-22 dipisahkan daripada kapsul pemulangan.
Enjin brek kemudian dinyalakan, dan kapsul kembali dipisahkan daripada kapsul pendorong. Kapsul pemulangan mendarat pada 8.11 malam di tapak pendaratan Dongfeng di Mongolia Dalam, utara China, menurut CMSA, manakala pada 8.59 malam, kru Shenzhou-21 kesemuanya telah meninggalkan kapsul pemulangan.
"Pelayaran seseorang ke lautan bintang bergantung pada kebaktian dan kesetiaan sejati seluruh pasukan," kata Zhang Lu, komander misi kru dan seorang angkasawan veteran dalam penerbangan angkasa lepas keduanya, menyatakan terima kasih atas sokongan keluarga, semua kakitangan yang mengambil bahagian dalam program angkasa lepas berawak, negara dan rakyat China.
Zhang Lu telah melaksanakan sebanyak tujuh aktiviti ekstravehikular (EVA) setakat ini, menjadikan beliau angkasawan China paling banyak ‘berjalan’ di angkasa lepas setakat ini.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial