EKONOMI > BERITA

Kotex Malaysia lancar produk inovasi baharu Kotex Total Protection

26/07/2024 01:21 PM

Oleh Norhidayyu Zainal

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kotex Malaysia, jenama terkenal dengan produk kebersihan haid, melancarkan produk inovasi terbaharu iaitu Kotex Total Protection yang menampilkan teknologi rise-up guard berevolusi yang memberikan perlindungan daripada kebocoran belakang hingga 100 peratus pada waktu malam semasa haid.

Pengurus Jenama Kotex Malaysia Michelle Chin berkata pasukannya menjalankan penyelidikan dan kajian kira-kira dua tahun untuk membangunkan produk yang memenuhi keperluan pengguna.

"Hasil kajian tentang pandangan pengguna, kami mendapati mencegah kebocoran belakang semasa haid pada waktu malam terus menjadi keutamaan wanita dan perkara itu perlu ditangani.

"Selepas penyelidikan menyeluruh, pasukan inovasi kami membangunkan teknologi Kusyen Antikebocoran Belakang yang bertindak sebagai pengadang untuk mencegah kebocoran belakang. Ia diuji di makmal dan terbukti menawarkan perlindungan hingga 100 peratus terhadap kebocoran seperti itu," katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran produk berkenaan di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya telah berunding dengan pakar perubatan mengenai kepentingan tidur dan mendapati ia penting untuk menguruskan sindrom prahaid (PMS) dan haid, kerana ia membantu menstabilkan hormon.

Sebagai sebahagian daripada inovasi Kotex Total Protection, Kotex Malaysia bekerjasama dengan penyanyi popular Iman Troye untuk menghasilkan lagu berkaitan haid yang eksklusif dan pertama seumpamanya berjudul "Teman Malam", bertujuan menghilangkan stigma haid.

Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 22, berkata lagu itu mengenai keperluan peneman sepanjang malam yang ramai wanita perlukan terutamanya ketika haid.

"Mengalami kebocoran menjejaskan kualiti rehat dan aktiviti harian, namun kita masih perlu berusaha melakukan yang terbaik sepanjang hari," katanya.

Sementara itu, Kotex dengan kerjasama Watsons Malaysia mempamerkan Kotex Total Protection baharu yang dipertingkatkan menerusi acara #KotexDreamland selama tiga hari bermula semalam di Sunway Velocity di sini, bertujuan menekankan tidur yang selesa dan berkualiti yang disediakan jenama berkenaan.

Pelanggan yang menghadiri acara #KotexDreamland akan menerima beg galas Corduroy eksklusif secara percuma dengan pembelian minimum produk Kotex bernilai RM25.

Sebarang pembelian produk Kotex berjumlah RM25 dalam satu resit (termasuk sekurang-kurangnya satu Kotex Total Protection) di concourse atau mana-mana kedai Watsons di Lembah Klang dari 25 Julai hingga 31 Ogos, layak menyertai pertandingan Kotex #DreamRoomMakeover.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah ubah suai bilik oleh Atap & Co bernilai RM20,000.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan