EKONOMI > BERITA

IILM terbit semula sukuk jangka pendek US$1.26 bilion dalam 3 siri

07/08/2024 12:13 AM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula agregat US$1.26 bilion (US$1=RM4.47) sukuk jangka pendek dalam tiga siri berbeza.

Tiga siri itu terdiri daripada terbitan US$340 juta untuk tempoh satu bulan pada 5.15 peratus, US$540 juta untuk tempoh tiga bulan pada 5.17 peratus dan US$380 juta untuk tempoh enam bulan pada 5.00 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohamad Safri Shahul Hamid berkata buku pesanan gabungan yang melebihi US$2.91 bilion itu mewakili nisbah bidaan kepada terbitan purata sebanyak 231 peratus, yang juga buku pesanan terbesar tahun ini.

“Lelongan hari ini turut menyaksikan penyertaan pelabur baharu dari seluruh Majlis Kerjasama Teluk dan Asia, iaitu bank berpangkalan di Oman, bank Qatar, dan pengurus aset dari Singapura dan Malaysia.

"Peningkatan penyertaan pelabur menunjukkan status selamat sukuk IILM dalam persekitaran pasaran yang sangat tidak menentu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah keseluruhan Sukuk IILM terkumpul kini ialah US$3.51 bilion.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan