EKONOMI > BERITA

Two Offshore Marine, PT Limin Marine Bekerjasama Perluas Operasi Di Asia Tenggara

19/08/2024 04:07 PM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Syarikat perkapalan global yang berpangkalan di Malaysia Two Offshore Marine Sdn Bhd mengumumkan pengembangan operasinya di Asia Tenggara menerusi kerjasama strategik dengan pemilik dan pengendali kapal luar pesisir marin yang berpangkalan di Indonesia, PT Limin Marine & Offshore.

Kerjasama itu dimeterai secara rasmi oleh Pengarah Operasi Two Offshore Ku Mohd Ashraff Ku Yaacob dan Presiden merangkap Pengarah PT Limin Marine & Offshore Erick Limin serta Pengarah Operasi Roni Tan dalam satu majlis di Habitare Tower, Jakarta, Indonesia, pada 8 Ogos, 2024.

Ku Mohd Ashraff berkata kerjasama itu akan meningkatkan keupayaan kedua-dua syarikat dalam sektor marin dan luar pesisir, mengukuhkan operasi dan membuka ruang pengembangan mereka selanjutnya di rantau ASEAN. 

"Ia turut membolehkan kami memanfaatkan aset, keupayaan, dan jaringan rakan kerjasama kami dalam menyediakan kapal moden yang berspesifkasi tinggi kepada pelanggan kami.

"Kerjasama ini juga menandakan lembaran baharu untuk kedua-dua syarikat, meningkatkan keupayaan kami dengan ketara dalam sektor marin dan luar pesisir," katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut Ku Mohd Ashraff, penyampaian perkhidmatan dan capaian pasaran dapat diperluaskan di seluruh rantau ini, seterusnya membuka jalan untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan menerusi kerjasama itu. 

Dalam pada itu, Erick berkata kerjasama itu akan meningkatkan perkhidmatan penghantaran PT Limin Marine, memanfaatkan gabungan aset dan rangkaian serta memperluas jangkauan pasaran di Asia Tenggara dan negara-negara lain.

“Kerjasama ini mengoptimumkan potensi kolektif kami dalam merebut merebut peluang di seluruh Asia Tenggara dan seterusnya,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan