BELANJAWAN 2024 > BERITA

Liga Super: Layth Kharoub Dari Palestin Sah Sertai KDNFC

26/08/2024 10:44 PM

KOTA BHARU, 26 Ogos (Bernama) -- Selepas pemain kebangsaan Palestin Oday Kharoub, 31, menggalas cabaran Kelantan Darul Naim (KDN) FC dalam saingan Liga Super 2024/2025 sejak Mac lalu, kini abangya Layth menjadi pemain import baharu pasukan itu musim ini.

KDN FC dalam kenyataan malam ini memaklumkan  pemain berusia 33 tahun itu adalah bekas pemain antarabangsa Palestin yang beraksi di posisi sayap dan berkeupayaan bertindak sebagai penyerang.

"Dia menyertai pasukan setelah menjalani sisi pemilihan ketat bersama barisan kejurulatihan sejak Julai lalu termasuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Nara United dari Thailand," menurut kenyataan itu.

Karier antarabangsa Layth bermula pada tahun 2020 dengan 11 kali penampilan serta menjaringkan lima gol sepanjang mewakili skuad negaranya.

Sebelum ini, KDN FC telah menamatkan kontrak dua penyerang import iaitu pemain dari Guinea-Bissau, Valdumar Augusto Te dan Chadrack Lukombe Muzungu dari Congo.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan