BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Sukan Paralimpik Paris 2024 Akan Bermula Dengan Upacara Pembukaan Pada Rabu

28/08/2024 12:56 PM

ANKARA, 28 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Sukan Paralimpik Paris 2024 akan bermula dengan upacara pembukaan pada Rabu di tengah-tengah ibu negara Perancis, lapor Agensi Anadolu (AA).

Penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan upacara pembukaan itu akan diadakan di dataran bersejarah Paris, Place de la Concorde dan Champs-Elysees Avenue yang terkenal. 

Seramai 4,400 atlet paralimpik dari 184 delegasi akan berarak di sepanjang dua lokasi itu.

Champs-Elysees yang dipenuhi kafe dan kedai mewah menghubungkan Place de la Concorde dengan Arc de Triomphe, dan perarakan para atlet akan diadakan di antara dua tempat itu.

Upacara pembukaan itu akan bermula pada 8 malam waktu tempatan (1800GMT).

Selepas majlis itu, pertandingan akan bermula pada Khamis, dan Sukan Paralimpik tahun ini akan berlangsung sehingga 8 September. Acara sukan akan diadakan di Paris dan kawasan sekitarnya.

Sukan Paralimpik 2024 menampilkan 22 sukan dan 23 disiplin, termasuk bola sepak buta, boccia, goalball, memanah, olahraga, badminton, kayak,tenis berkerusi roda dan sebagainya.

Sukan itu akan diadakan di 18 lokasi termasuk Stade de France, Stade Roland-Garros, Stadium Menara Eiffel, Pont Alexandre III dan Grand Palais.

Paris dan Perancis akan menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas buat kali pertama.

Ibu negara Perancis sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada Julai-Ogos.

Sukan Olimpik dan Paralimpik telah diadakan di bandar dan venue yang sama sejak 1988.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan