BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Sukan Paralimpik Paris 2024: Zahid Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Atlet

28/08/2024 10:46 AM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara dalam acara sukan berprestij itu.

“Selamat berjuang #TeamMAS. Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 telah membuka tirainya dan selamat maju jaya saya ucapkan buat 30 orang atlet luar biasa yang mewakili Malaysia dalam acara sukan berprestij ini.

“Ingatlah, dalam setiap cabaran, ada peluang untuk mencipta sejarah. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Selamat berjuang, kontinjen Malaysia!” katanya. 

Hari ini, obor perjuangan kontinjen negara terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan misi memburu empat lagi emas bagi melengkapkan kutipan 10 emas secara keseluruhan dalam temasya sukan berprestij dunia itu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan