BELANJAWAN 2024 > BERITA

Paris 2024: Muhammad Nur Syaiful Lolos Ke Final

30/08/2024 05:20 PM

Daripada Amiril Muttaqien Meketar

PARIS, 30 Ogos (Bernama) -- Percubaan kedua perenang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli pada Sukan Paralimpik Paris 2024 tampak berbaloi apabila mara ke final 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) di Paris La Defense Arena, di sini, hari ini.

Muhammad Nur Syaiful menduduki tempat keempat dengan catatan 1 minit 16.82 saat (s) pada saringan kedua yang dimenangi Oleksandr Komarov dari Ukraine dengan 1:11.26s.

Keputusan diraih perenang dari Sarawak itu menyaksikan beliau berada di tempat keenam keseluruhan dari dua saringan sekali gus berada dalam kelompok lapan perenang terbaik untuk ke final.

Semalam, atlet berusia 29 tahun itu bermula goyah apabila terkandas di peringkat saringan selepas menduduki tempat kesembilan secara keseluruhan menerusi catatan 2:52.67s dalam saringan 200m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal), sekali gus gagal ke final.

Sukan Paralimpik Paris 2024 yang dibuka secara rasmi pada Rabu akan berakhir 8 Sept ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan