BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Permaisuri Agong Berangkat Ke Persidangan Kesejahteraan Mental Dan Pemerkasaan Wanita

10/10/2024 08:54 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bersama Dr Rania Awaad di sebuah hotel di sini hari ini. 

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri KPWKM Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Pengarah Institut Sosial Malaysia Dr Faridah Awang. 

Raja Zarith Sofiah turut berkenan meluangkan masa mengikuti perkongsian ilmu kesejahteraan mental disampaikan Dr Rania Awaad yang merupakan Profesor Klinikal Psikiatri dan Sains Tingkah Laku Pengamalan Penjagaan Kesihatan Universiti Stanford.

Dr Rania Awaad adalah perintis penubuhan Lembaga Penasihat Komuniti Kesihatan Mental Muslim (BAMMH CAB) yang pertama di Amerika Syarikat.

Majlis anjuran Institut Sosial Malaysia dan KPWKM itu turut dihadiri kira-kira 1,500 tetamu.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan