PENGARAH SYARIKAT LESAP RM1.3 JUTA TERPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD

12/06/2024 04:16 PM

SEREMBAN, 12 Jun (Bernama) -- Seorang pengarah syarikat kerugian lebih RM 1.3 juta selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian pada bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban,  ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 45 tahun berurusan dengan individu tidak dikenali di WhatsApp dan telah melakukan transaksi sejak 29 April hingga 28 Mei lepas.

"Mangsa membuat 16 transaksi menggunakan wang miliknya sendiri dan syarikat dalam pelaburan tersebut.

“Mangsa membuat laporan itu semalam dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad Hatta berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Seremban membuka 55 kertas siasatan membabitkan kerugian RM4.38 juta bagi tempoh Januari hingga 11 Jun membabitkan modus operandi yang sama.

Beliau berkata bagi tempoh itu, 23 individu dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mohamad Hatta berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan secara dalam talian dan sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan