BERITA TERGEMPAR   PRK Nenggiri: Jentera PH akan digerakkan bantu kempen calon BN- Fahmi | 

MARITIM TAHAN WARGA VIETNAM, INDIA LAKUKAN PENGOREKAN PASIR HARAM DI PULAU DAAT, LABUAN

19/07/2024 12:34 PM

LABUAN, 19 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Labuan merampas sebuah bot tunda dan tongkang yang disyaki digunakan untuk aktiviti pengorekan pasir haram di kedudukan 2.89 batu nautika dari Pulau Daat pada Khamis (18 Julai).

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Izwanhadi Idros berkata pasukan agensi itu sedang menjalankan operasi Op Sejahtera dan Op Tiris apabila mereka mengesan kehadiran kapal-kapal mencurigakan melakukan pengorekan pasir sekitar 9 pagi.

"Semasa pemeriksaan, bot tunda tersebut didapati dikendalikan oleh warga Vietnam dan India berusia 25, 30, dan 43 tahun," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati bahawa bot tunda tersebut tidak mempunyai buku log rasmi dan perjanjian dengan kru kontrak, dokumen yang diperlukan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952.

Izwanhadi berkata akibatnya, anggota kru dan kapten kapal kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kami telah menarik bot penunda dan tongkang itu ke jeti APMM di Patau-Patau sementara menunggu siasatan selesai," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan