BERITA TERGEMPAR   PRK Nenggiri: Jentera PH akan digerakkan bantu kempen calon BN- Fahmi | 
 SUKAN > BERITA

ATLET PAHANG DIREHATKAN DARIPADA SEBARANG KEJOHANAN LAIN, FOKUS SUKMA 2024 - MSP

19/07/2024 02:53 PM

KUANTAN, 19 Julai (Bernama) -- Atlet Pahang yang akan terlibat dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak bulan depan sudah mula direhatkan daripada menyertai sebarang kejohanan ketika ini, bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang kecederaan yang boleh menjejaskan penyertaan di temasya sukan dwi-tahunan itu nanti.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) Zamri Hassan berkata kumpulan pertama atlet akan berlepas ke Sarawak pada 6 Ogos, disusuli pasukan seterusnya pada 15 Ogos, dan persiapan atlet negeri kini berada pada tahap maksimum.

"Atlet yang berlatih di luar negara juga sudah pulang bagi membuat persiapan selebihnya di Pahang," katanya ketika dihubungi Bernama. 

SUKMA ke-21 dari 17 hingga 24 Ogos ini menyaksikan Pahang mempertaruhkan 603 atlet yang akan menyertai 36 acara, masing-masing 327 lelaki dan 276 wanita dengan 50 peratus daripada mereka merupakan atlet baharu.

Zamri berkata lebih 58 warga MSP akan mengiringi kesemua atlet terbabit bagi menguruskan segala keperluan mereka. 

Pahang menyasarkan 40 pingat emas pada SUKMA 2024 dalam beberapa acara antaranya menembak, silat, hoki, olahraga dan memanah. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan