REMAN SUSPEK KES BUNUH NUR FARAH KARTINI DILANJUT TUJUH HARI

22/07/2024 11:03 AM

KUALA KUBU BAHRU 22 Julai (Bernama) -- Tempoh reman suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dilanjutkan tujuh hari lagi. 

Perintah sambung reman bermula esok hingga 29 Julai ini dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mendengar permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini. 

Lelaki berusia 26 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna jingga dan bergari hadir dengan menaiki kereta polis pada 9.04 pagi.

Suspek sebelum ini direman tujuh hari sehingga hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Bernama melaporkan penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor kira-kira 6 petang, 15 Julai lepas.

Susulan itu, suspek yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal telah ditahan hari yang sama.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan